August 25, 2026

Perutusan Salam Maulidur Rasul 1448H UCAM: Seruan Meneladani Akhlak Nabi SAW

Perutusan Salam Maulidur Rasul 1448H UCAM: Seruan Meneladani Akhlak Nabi SAW

MELAKA – Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) merakamkan ucapan Selamat Memperingati Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh warga UCAM, Kolej RISDA, serta umat Islam di seluruh Malaysia.

Menerusi perutusan tersebut, UCAM menyeru orang ramai agar menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Berpandukan firman Allah SWT, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu” (Surah al-Ahzab, 33:21), kecintaan kepada Rasulullah SAW diharap terus subur dan menjadi pedoman utama dalam membentuk insan yang unggul.

Perutusan ini turut menyokong aspirasi negara dengan melaungkan hasrat untuk membina generasi berakhlak, berilmu, dan berintegriti, selari dengan tema sambutan tahun ini: “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

Artikel Berkenaan