Kontinjen UCAM telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini bagi memeriahkan lagi acara tersebut.
Penyertaan kontinjen ini diketuai oleh Kapt. Bersekutu (PA) Khairil Shukri Bin Mohamad Tahier, Timbalan Rektor HEPA & Pengantarabangsaan (TRHEPA) selaku Ketua Kontinjen, dan turut disertai oleh Felo Mohd Fadli Bin Bahar.
Penglibatan UCAM dalam perarakan ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan warganya, di samping menjadi inspirasi untuk terus meneladani akhlak mulia Baginda.













