June 30, 2026

Kunjung Hormat UCAM ke Johor Plantations Group: Membina Jambatan Akademik & Industri

Kunjung Hormat UCAM ke Johor Plantations Group: Membina Jambatan Akademik & Industri

MEMBINA JAMBATAN ANTARA AKADEMIK DAN INDUSTRI

Delegasi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) amat bertuah kerana berpeluang mengadakan lawatan kunjung hormat ke Johor Plantations Group yang terletak di Kota Tinggi, Johor pada 30 Jun 2026 yang lalu.

Kunjungan bermakna ini merupakan salah satu langkah proaktif pihak UCAM dalam merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan sektor korporat. Ia bertujuan memastikan silibus pengajian serta pendedahan praktikal yang diberikan kepada para pelajar sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan serta kehendak semasa industri perladangan moden pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Johor Plantations Group atas kesudian menerima dan menyantuni kunjungan delegasi kami. Semoga usaha dan jalinan kerjasama ini akan terus utuh dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri!

Artikel Berkenaan