TAHNIAH DAN SYABAS!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak UCAM yang dibarisi oleh para pelajar kita atas kejayaan cemerlang mara ke peringkat Suku Akhir dalam Kejohanan Bola Sepak Anak Muda IPT Football Club. Kejohanan yang sengit dan mendebarkan ini telah berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini.
Satu ucapan penghargaan dan terima kasih yang istimewa turut ditujukan khas buat Encik Muhammad Nur Hakimi Bin J Junaidi dan Encik Muhammad Farid Bin Abdul Hakim Lim. Komitmen, bimbingan berterusan, serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada anda berdua telah menjadi nadi utama yang membawa pasukan UCAM melakar kejayaan yang amat membanggakan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh pasukan untuk terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Teruskan usaha dan UCAM Boleh!













