SEKITAR PROGRAM LIBAT URUS DASAR PENGGUNA NEGARA 2.0
Sekitar berlangsungnya Program Libat Urus Dasar Pengguna Negara 2.0 yang melibatkan penyertaan seramai 15 orang ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UCAM. Sesi libat urus ini telah diadakan bersempena dengan Mini Karnival KPDN Melaka: Rahmah Madani Tahun 2026 pada 28 Jun 2026 yang lalu bertempat di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.
Turut hadir memberikan sokongan bersama-sama para mahasiswa dalam program ini adalah barisan staf dari Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Antarabangsa (TR HEPA) UCAM.
Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini!













