July 8, 2026

Kunjung Hormat Kolej RISDA/UCAM ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Kunjung Hormat Kolej RISDA/UCAM ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 7 Julai 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Kolej RISDA/UCAM yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Encik Kamarudin bin Ani. Pihak KETENGAH pula telah menyambut baik kunjungan ini dengan diketuai oleh Pengurus Besar, YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.

Sesi kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka pelbagai peluang kerjasama. Antara bidang utama yang difokuskan termasuklah pembangunan modal insan, pendidikan, pemerkasaan komuniti desa, pembangunan AgroTVET, serta pensijilan halal dan keselamatan makanan.

Dalam pertemuan tersebut, antara cadangan utama yang dibincangkan adalah kerjasama strategik melalui UCAM Halal Centre. Ia merangkumi pelaksanaan program pensijilan halal dan keselamatan makanan yang bertujuan memperkukuhkan lagi ekosistem usahawan di bawah seliaan KETENGAH.

Semoga kunjungan bermakna ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan mampan, sekaligus memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat di sekitar wilayah KETENGAH.

Artikel Berkenaan