No Rujukan: UCAM/JP/Memo Bil.37/2025
Kepada: Semua Pelajar UCAM
Tarikh: 11 November 2025
Perkara: Kalendar Akademik bagi Program Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Semester Kedua 2025/2026 (Disember 2025 – April 2026) serta Program Ijazah Sarjana Semester Disember 2025 (Disember 2025 – April 2026)
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah terpakai bagi:
- Program Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi bagi Semester Kedua 2025/2026 (Disember 2025 – April 2026)
- Program Ijazah Sarjana Semester Disember 2025 (Disember 2025 – April 2026)
Sehubungan itu, para pelajar dimohon untuk merujuk dan mengikuti kalendar akademik yang telah ditetapkan, terutamanya yang berkaitan dengan:
- Pendaftaran kursus
- Perubahan kursus (gugur / tambah)
- Permohonan penangguhan pengajian
Ini bagi memastikan semua urusan akademik UCAM dapat berjalan dengan lancar.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak pelajar amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.













