UCAM turut serta dalam Program Town Hall Santuni Pekebun Kecil RISDA Daerah Bera, Pahang yang berlangsung di Dewan Kompleks Rakan Muda pada tahun 2025.
Penyertaan ini membuka ruang libat urus bersama masyarakat pekebun kecil, sekaligus memperkenalkan peluang pendidikan, pembangunan kemahiran dan sokongan akademik yang ditawarkan UCAM kepada komuniti luar bandar.
Program seperti ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan UCAM bersama agensi dan masyarakat, seiring usaha menyokong peningkatan taraf ekonomi serta pembangunan modal insan.













