October 17, 2025

Gangguan Seksual Bukan Perkara Remeh — Lawan, Jangan Diam!

Gangguan seksual bukan perkara remeh

Gangguan seksual bukan sekadar isu peribadi — ia satu jenayah yang mencabuli maruah dan kesejahteraan individu.

Ia ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang boleh menyinggung, menghina atau mengancam seseorang secara munasabah.

Antara bentuk gangguan seksual termasuk:

  1. Sentuhan tanpa izin
  2. Kata-kata atau gurauan berbaur lucah
  3. Mesej, gambar atau isyarat berunsur seksual
  4. Ugutan atau paksaan untuk tujuan seksual

Semua ini adalah gangguan seksual, dan ia merupakan JENAYAH.

Tiada siapa berhak membuat anda rasa takut, malu atau tertekan.
Setiap individu berhak untuk merasa selamat dan dihormati.

Anda mangsa atau saksi? LAPORKAN SEKARANG!

Hubungi Talian Kasih 15999 (24 jam)

Suara anda penting. Jangan biar pelaku terlepas.

Artikel Berkenaan