Program MADANI Rakyat 2025 Melaka Tutup Tirai Dengan Jaya
Program MADANI Rakyat 2025 Melaka yang berlangsung selama tiga hari di Politeknik Merlimau, Melaka melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan sambutan luar biasa daripada rakyat negeri ini.
Reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima kunjungan ramai pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta pelbagai perkhidmatan secara terus daripada agensi-agensi di bawah KKDW.
Penganjuran ini bukan sekadar platform penyampaian perkhidmatan kerajaan, tetapi turut menjadi medan mendekatkan masyarakat dengan dasar serta inisiatif yang dibawa di bawah aspirasi Malaysia MADANI.
Program ini juga menjadi penutup tirai siri Program MADANI Rakyat bagi tahun 2025, menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam menyantuni rakyat serta memperkukuh kesejahteraan komuniti luar bandar.
“Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara”
Terima kasih kepada seluruh warga Melaka atas sambutan hangat dan kemeriahan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
Jumpa lagi dalam siri Program MADANI Rakyat seterusnya!
Sumber – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah