September 30, 2025

Pelajar UCAM Sertai Sesi Pembelajaran Canva Percuma Anjuran JBS Melaka

Pelajar ucam sertai sesi pembelajaran canva percuma anjuran jbs melaka 1

Belajar Canva Percuma!

Pada Sabtu lalu, pelajar UCAM telah berpeluang mengikuti sesi pembelajaran Canva secara percuma anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka yang diadakan di Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk menambah kemahiran dalam rekabentuk grafik digital menggunakan Canva — sama ada untuk tugasan akademik, bisnes, mahupun menghasilkan kandungan media sosial yang lebih kreatif.

Terima kasih diucapkan kepada JBS Melaka kerana membuka ruang pembelajaran santai namun bermanfaat untuk anak muda.

Artikel Berkenaan