September 8, 2025

Kontingen UCAM Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2025

Kontingen UCAM sertai Perarakan Maulidur Rasul Negeri Melaka bersama warga HEPA dan MPP.

Alhamdulillah, pada pagi 5 September 2025, kontingen UCAM telah turut serta dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka yang bermula di Stadium Tun Fatimah dan berakhir di Masjid Al-Azim, Bukit Baru, Melaka.

Penyertaan ini disertai oleh TR HEPA, kakitangan HEPA, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Jawatankuasa Kolej (JKK) yang bersama-sama memeriahkan suasana perarakan.

Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada En. Sharil atas peranan penting beliau membantu menguruskan pengangkutan para siswa dan siswi UCAM ke lokasi perarakan.

Semoga penglibatan ini menjadi wadah untuk menghayati kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memupuk ukhuwah sesama warga UCAM.

Artikel Berkenaan