September 4, 2025

Tahniah Dr. Mohd Syafik Dilantik Juri MIYIO 2025 Kategori Pertanian & Biokimi

Dr. Syafik juri MIYIO 2025, sokong inovasi muda dalam bidang pertanian dan biokimia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan, Ketua Jabatan Agroteknologi, Fakulti Agrosains, kerana telah dilantik sebagai Juri Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2025 pada 22 Ogos 2025 di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka bagi kategori Sains Hayat: Pertanian dan Biokimia.

Program MIYIO 2025 dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan dikendalikan oleh Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC).

Kejohanan ini berjaya menghimpunkan seramai 1,650 murid serta penyertaan daripada 6 buah negara lain. Dengan tema “Innovate, Create, Elevate: Fuelling the Future with Young Ideas”, MIYIO 2025 menjadi platform penting yang menampilkan kreativiti dan inovasi pencipta muda dari pelbagai negara.

Pelantikan ini membuktikan kepercayaan terhadap kepakaran Dr. Mohd Syafik dalam bidang pertanian dan biokimia serta mengukuhkan lagi peranan UCAM dalam menyokong pembangunan inovasi generasi muda di peringkat antarabangsa. 🌏✨

Artikel Berkenaan