YB PENGERUSI RISDA DAN PIHAK UCAM MENYANTUNI KELUARGA ALLAHYARHAM STAF UCAM
Yang Berhormat Pengerusi RISDA bersama wakil pihak pengurusan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah meluangkan masa menziarahi dan menyantuni ahli keluarga kepada salah seorang staf UCAM yang telah kembali ke Rahmatullah.
Kunjungan ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan, ingatan tulus ikhlas, serta sokongan moral daripada pihak pengurusan tertinggi RISDA dan UCAM kepada waris keluarga dalam menghadapi detik sukar dan kehilangan besar ini.
Salam takziah diucapkan. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kecekalan, dan kekuatan emosi. Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat yang luas dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.













