October 30, 2026

10 Wakil UCAM Sertai Bengkel Skuad WAJA Siswa Melaka 2026

Sepuluh wakil UCAM menyertai Bengkel Skuad WAJA Siswa Negeri Melaka 2026 di UTeM

Program Skuad WAJA Siswa Negeri Melaka 2026

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah menghantar seramai 10 orang wakil bagi menyertai bengkel Skuad WAJA Siswa Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka.

Program ini menjadi platform penyertaan siswa dan siswi dalam aktiviti pembangunan diri serta memperkukuh kesedaran berkaitan peranan dan pemerkasaan wanita dalam masyarakat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohamad Tahier, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TR HEPA), serta En. Mohd Shahril bin Abdul Aziz atas kesudian hadir bagi memeriahkan program ini.

Semoga penyertaan ini memberikan pengalaman dan manfaat kepada semua wakil UCAM yang terlibat.

Artikel Berkenaan