🤝💜 UCAM TERIMA SUMBANGAN FOOD BANK DARIPADA LHDN
Alhamdulillah, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah menerima sumbangan barangan Food Bank daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sebagai inisiatif menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga kampus.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan melalui Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) UCAM. Turut hadir dalam majlis penyerahan ialah LAr. Adi Zakwan, Timbalan Rektor Akademik (TRA), Puan Rohaini, Dekan FPP, serta Puan Rubiah dari Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengantarabangsaan.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan keperluan harian warga kampus, khususnya pelajar, di samping memperkukuh semangat keprihatinan dan budaya saling membantu dalam komuniti UCAM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada LHDN Malaysia atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan. Semoga usaha murni ini terus membawa manfaat dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UCAM. 🌱💖













