🏅 TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH THE DUKE OF EDINBURGH’S INTERNATIONAL AWARD! 🇲🇾
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 120 siswa dan siswi yang berjaya menerima anugerah dalam program The Duke of Edinburgh’s International Award anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Seramai 50 orang menerima Pingat Perak manakala 70 orang menerima Pingat Gangsa sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian mereka sepanjang menyertai program tersebut.
Tahniah turut diucapkan kepada En. Mohd Fadli bin Bahar dan Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohamad Tahier, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TR HEPA), atas penerimaan Sijil Pemimpin The Duke of Edinburgh’s International Award.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd Shahril bin Abdul Aziz atas kehadiran beliau dalam program ini.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan ini!













