KUALA LUMPUR – Komitmen untuk menyediakan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan saksama sentiasa menjadi salah satu agenda utama bagi menjamin kesejahteraan komuniti di seluruh negara.
Mendokong aspirasi tersebut, delegasi dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengadakan satu sesi lawatan kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pertemuan ini merupakan langkah proaktif institusi dalam merapatkan jurang pendidikan dan merintis peluang baharu buat anak-anak masyarakat Orang Asli.













