July 2, 2026

Tahniah! RISDA Capai Penarafan Unggul 99.08% bagi Penarafan SPINE

Tahniah! RISDA Capai Penarafan Unggul 99.08% bagi Penarafan SPINE

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Pihak RISDA telah berjaya mencapai penarafan UNGGUL dengan rekod markah keseluruhan sebanyak 99.08% bagi Penarafan Sistem Pengurusan Integriti dan Governan (SPINE).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan buat Panel Penilai daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan yang membanggakan ini.

Pencapaian penarafan ini sudah pastinya memperkasakan lagi usaha dan azam RISDA dalam langkahnya untuk menjadi sebuah Agensi Berprestasi Tinggi yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik buat para Pekebun Kecil Getah di seluruh negara.

Syukur Alhamdulillah atas kejayaan ini!

Artikel Berkenaan