August 10, 2026

Sekretariat Rakan Muda UCAM Santuni Anak Yatim PAYASUM Menerusi Program ‘Heart 2 Heart’

Sekretariat Rakan Muda UCAM Santuni Anak Yatim PAYASUM Menerusi Program 'Heart 2 Heart'

MELAKA – Sekretariat Rakan Muda Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengambil inisiatif proaktif dalam menyantuni komuniti setempat menerusi penganjuran Program ‘Heart 2 Heart’ bersama penghuni Rumah Anak Yatim Paya Rumput Jaya, Sungai Udang (PAYASUM).

Program yang padat dengan nilai-nilai murni dan khidmat masyarakat ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UCAM, yang sudi meluangkan masa beramah mesra serta menyantuni anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

Pihak penganjur mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta sokongan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program bermakna ini.

Artikel Berkenaan