SEKITAR SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA
Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang telah dilangsungkan bertempat di Stadium Jasin pada 27 Jun 2026 yang lalu. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan turut disertai oleh barisan mahasiswa.
Penyertaan mahasiswa dalam sambutan seumpama ini amatlah digalakkan. Semoga pendedahan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung dapat memberikan manfaat yang berguna, di samping menyuntik semangat dan inspirasi kepada para mahasiswa untuk terus aktif menyumbang kepada komuniti.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini.













