SEKITAR HARI KEUSAHAWANAN, KARNIVAL KERJAYA & HARI TERBUKA SMK JEMENTAH
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) turut sama turun padang bagi memeriahkan Hari Keusahawanan, Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka yang telah berlangsung di SMK Jementah, Johor baru-baru ini.
Menerusi program ini, wakil delegasi UCAM berkesempatan untuk beramah mesra dan berkongsi maklumat penting mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan di kampus. Selain itu, pendedahan komprehensif mengenai peluang pendidikan lanjutan serta laluan kerjaya yang luas turut diberikan kepada para pelajar dan pengunjung yang hadir memeriahkan tapak pameran.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Jementah atas penganjuran program yang bermanfaat ini serta penerimaan yang amat menggalakkan. Semoga perkongsian yang diberikan dapat membantu para pelajar dalam merancang masa depan dan hala tuju kerjaya mereka dengan lebih cemerlang!













