Kedai serbaneka RISSmart24 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini menjadi lokasi persinggahan santai yang ideal bagi orang ramai, terutamanya selepas selesai menghadiri mesyuarat atau urusan rasmi.
Ruang perniagaan tersebut bukan sahaja memasarkan pelbagai pilihan produk keluaran usahawan tempatan, malah ia turut menyajikan menu makanan yang menarik untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Lebih istimewa, tarikan utama di RISSmart24 KKDW pastinya tertumpu kepada sajian kopinya yang sangat enak dan disifatkan ‘padu’ oleh para pelanggan. Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang urusan di kawasan sekitar diseru agar tidak melepaskan peluang untuk singgah berehat dan merasai sendiri keistimewaan yang ditawarkan di sana.













