June 8, 2026

Program School Attack Siri 4: UCAM Jelajah Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor

Program School Attack Siri 4: UCAM Jelajah Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor

PROGRAM SCHOOL ATTACK SIRI 4 FAKULTI AGROSAINS UCAM

Fakulti Agrosains UCAM telah berjaya melaksanakan Program School Attack Siri 4 bertempat di Institut Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu usaha proaktif fakulti dalam mendekati komuniti pelajar secara langsung dan mempromosikan bidang agrosains secara interaktif.

Tujuan utama Program School Attack ini dilaksanakan adalah untuk memasyarakatkan ilmu agrosains serta menarik minat generasi muda, khususnya dalam kalangan pelajar sijil pertanian, untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Langkah ini penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu menyumbang kepada sektor pertanian negara.

Di samping itu, inisiatif turun padang ini juga bermatlamat untuk memperkukuh hubungan kolaborasi yang sedia terjalin di antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan pihak Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor.

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini!

Artikel Berkenaan