PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SUBJEK MPU DI SK BANDAR HILIR
Sekitar berlangsungnya Program bagi Subjek MPU – Khidmat Masyarakat bertempat di SK Bandar Hilir. Program yang penuh bermakna ini telah melabuhkan tirainya dengan jayanya hasil sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak yang terlibat.
Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, para pelajar bukan sahaja dapat menyumbang bakti kepada komuniti sekolah, malah berpeluang memupuk nilai kesukarelawanan yang tinggi, mengeratkan semangat kerjasama berpasukan, serta mendalami erti tanggungjawab sosial.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan warga SK Bandar Hilir atas sambutan yang amat menggalakkan serta kerjasama cemerlang yang diberikan. Semoga program ini memberikan impak positif dan manfaat yang berpanjangan kepada semua!













