PROGRAM TUNAS BELIA MAIM 2026
Sekitar sesi perkongsian bermakna yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pemasaran dan Teknologi Maklumat UCAM, Encik Mohd Murshid bin Amir, berhubung peluang menyambung pengajian di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
Sesi perkongsian ini telah diadakan bersempena dengan Program Tunas Belia anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang telah berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Kem Permata, Alor Gajah, Melaka.
Melalui sesi penerangan interaktif ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai maklumat komprehensif mengenai peluang pendidikan, variasi program akademik, serta laluan kerjaya meluas yang ditawarkan oleh UCAM. Inisiatif ini diharap dapat membantu golongan belia dalam merancang masa depan dan hala tuju kerjaya mereka dengan lebih cemerlang.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini!













