June 17, 2026

Perbincangan Kerjasama KRSB & FGV Plantation: Pelaksanaan Program Harvesting Specialist

Perbincangan Kerjasama KRSB & FGV Plantation: Pelaksanaan Program Harvesting Specialist

PERBINCANGAN DUA HALA KRSB DAN FGV PLANTATION MANAGEMENT

Satu perbincangan dua hala telah diadakan di antara Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) dan pihak FGV Plantation Management bertempat di Ibu Pejabat FGV Holdings Berhad, Kuala Lumpur.

Pertemuan yang amat positif ini diadakan bagi memperincikan jalinan kerjasama strategik berhubung pelaksanaan Program Harvesting Specialist (Pakar Penuai).

Fokus utama perbincangan adalah menjurus kepada gerak kerja perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Ia merupakan sebuah inisiatif yang sangat penting dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga pakar dan mahir, seterusnya menjadi aset utama bagi memacu kemajuan industri perladangan negara.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan memberikan impak yang besar kepada sektor perladangan Malaysia!

Artikel Berkenaan