MESYUARAT PELARASAN PROGRAM PENSIJILAN HALAL RISDA NEGERI KELANTAN 2026
Pasukan UCAM Halal Centre telah menghadiri Mesyuarat Pelarasan Program Pensijilan Halal RISDA Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Pejabat RISDA Negeri Kelantan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hanan binti Mad Yusoff, selaku Ketua Unit Pembangunan Usahawan RISDA Negeri Kelantan.
Dalam perjumpaan bermakna ini, pihak UCAM Halal Centre telah diwakili oleh Puan Khairulneza Juaher dan Puan Noor Elidawati binti Bahari bagi menyelaras gerak kerja pelaksanaan program pensijilan halal yang memfokuskan kepada usahawan bimbingan RISDA di negeri tersebut.
Sesi perbincangan dan pelarasan ini amat penting bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program kelak dapat digerakkan dengan lebih teratur dan berkesan, seterusnya merealisasikan objektif yang telah ditetapkan.
Semoga jalinan kerjasama strategik di antara semua pihak yang terlibat akan terus utuh dan diperkukuhkan dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan usahawan tempatan melalui aspek pematuhan dan pensijilan halal yang berkualiti.













