LAWATAN KERJA RASMI DAN PEMANTAUAN YB PENGERUSI RISDA
Yang Berhormat Pengerusi RISDA pada hari ini telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi dan sesi pemantauan ke Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) di bawah kelolaan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) bertempat di Melaka.
Sepanjang lawatan kerja yang penuh bermakna ini, pengisian program merangkumi sesi taklimat komprehensif berkenaan status projek, lawatan tinjauan fizikal ke tapak perladangan, serta turut diserikan dengan acara gimik penanaman anak pokok getah yang disempurnakan oleh YB Pengerusi RISDA.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau perkembangan dan kemajuan semasa projek TGBB secara lebih dekat. Di samping itu, kunjungan ini juga menjadi medan untuk memperkukuhkan lagi komitmen dan iltizam pelbagai pihak dalam usaha memajukan serta memperkasakan industri getah negara secara progresif dan mampan.













