JASIN – Komitmen untuk memperluas jaringan kerjasama dan mengukuhkan ekosistem pembangunan sosioekonomi setempat terus menjadi salah satu agenda penting bagi institusi pendidikan di bawah naungan RISDA.
Mendokong aspirasi tersebut, satu sesi lawatan kunjungan hormat secara rasmi telah diketuai oleh Ketua Eksekutif Kolej RISDA Sdn Bhd (KRSB) kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini merupakan sebuah platform terbaik bagi mengeratkan hubungan persahabatan antara pihak institusi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).













