June 4, 2026

Kunjungan Hormat dan Perbincangan Kerjasama UCAM Bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama antara delegasi UCAM dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

ALOR GAJAH – Peranan institusi pengajian tinggi tidak sekadar tertumpu di dalam dewan kuliah, malah merangkumi tanggungjawab sosial dalam memangkin pembangunan komuniti di persekitarannya.

Sejajar dengan objektif tersebut, delegasi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengadakan satu sesi lawatan kunjungan hormat rasmi dan perbincangan kerjasama ke Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Pertemuan yang penuh bermakna ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan merintis peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua belah pihak.

Artikel Berkenaan