June 24, 2026

Kunjung Hormat & Perbincangan Kerjasama Kolej RISDA Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Kunjung Hormat & Perbincangan Kerjasama Kolej RISDA Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

KUNJUNG HORMAT DAN SESI PERBINCANGAN KERJASAMA

Sekitar berlangsungnya lawatan kunjung hormat serta sesi perbincangan kerjasama antara pihak Kolej RISDA Sdn. Bhd. dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pertemuan strategik ini bertujuan untuk meneroka pelbagai peluang kerjasama dua hala yang berpotensi memberikan manfaat serta impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak. Antara fokus perbincangan adalah usaha ke arah memperkasakan sektor pertanian, pendidikan agro, dan secara khususnya dalam bidang penternakan dan perkhidmatan veterinar.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia atas kesudian meluangkan masa dan menyantuni kunjungan perwakilan kami. Semoga inisiatif ini bakal menjadi titik permulaan kepada jalinan usahasama yang lebih utuh dan mampan pada masa hadapan!

Artikel Berkenaan