August 10, 2026

JLAS UCAM Serlah Kreativiti di Hari Landskap Negara 2026, Kongsi Kepakaran Seni Visual

JLAS UCAM Serlah Kreativiti di Hari Landskap Negara 2026, Kongsi Kepakaran Seni Visual

Jabatan Landskap dan Alam Sekitar (JLAS) di bawah pengurusan Fakulti Agrosains (FAS) dan Center of Advanced and Professional Education (CAPE) UCAM telah diberi penghormatan untuk menyertai dan memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara 2026 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat pada 6 hingga 9 Ogos lalu.

Dalam penganjuran berskala besar tersebut, JLAS telah mendapat kepercayaan dan dilantik oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bagi mengetuai kerja-kerja pemasangan serta hiasan khemah pameran, yang turut dijayakan dengan kerjasama padu daripada Unit Penyelenggaraan UCAM.

Lebih membanggakan, kepakaran warga akademik UCAM terus diiktiraf apabila En. Mohd Amin bin Hadarih dijemput khas sebagai tenaga pengajar bagi mengendalikan Bengkel Doodle Art dan Bengkel Color Palette anjuran Jabatan Landskap Negara (JLN).

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbangkan masa, tenaga, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan program ini. Semoga penglibatan aktif seumpama ini akan terus memperkukuh jenama UCAM serta memartabatkan lagi industri landskap negara di mata masyarakat.

Artikel Berkenaan