October 28, 2026

40 Peserta Sertai Program Belia Kreatif Komuniti MADANI di UCAM

Peserta Program Belia Kreatif Komuniti MADANI 2026 mengikuti bengkel perfileman anjuran FINAS di UCAM

🎬 Program Belia Kreatif Komuniti MADANI 2026

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah menjadi lokasi penganjuran Program Belia Kreatif Komuniti MADANI 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TR HEPA) UCAM.

Program yang telah melabuhkan tirainya ini berjaya menghimpunkan seramai 40 orang peserta bagi mengikuti bengkel kreatif yang memberikan pendedahan secara langsung kepada dunia perfileman dan penghasilan kandungan video.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari asas serta teknik penerbitan video melalui latihan praktikal (hands-on) yang memberikan pengalaman sebenar dalam bidang perfileman.

Program ini turut menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta yang berjaya menghasilkan video pendek yang kreatif sebagai galakan untuk mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran dalam penghasilan kandungan digital.

Turut hadir menjayakan program ialah pengarah filem Shahnaz bersama krew produksi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TR HEPA) serta Felo UCAM, En. Fadhli bin Bahar.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkasa kreativiti belia, meningkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman serta membuka peluang kepada peserta untuk meneroka potensi dalam industri kreatif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada FINAS, pihak penganjur, tenaga pengajar dan semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Artikel Berkenaan