Program Kepimpinan Jati Diri Peringkat Negeri Melaka 2026
Program Kepimpinan Jati Diri Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak.
Program ini menjadi platform pembangunan kepimpinan dan pembentukan jati diri dalam kalangan peserta, di samping memupuk nilai disiplin, keyakinan diri, semangat berpasukan serta kemahiran kepimpinan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Semoga penganjuran program ini memberikan pengalaman dan manfaat kepada semua peserta dalam memperkukuh sahsiah serta membentuk generasi muda yang berketerampilan dan berdaya saing.













