October 30, 2026

40 Wakil UCAM Sertai Program Khidmat Masyarakat SK Pulau Sebang

Wakil UCAM bersama guru dan PIBG SK Pulau Sebang dalam Program Khidmat Masyarakat MPU 3412

Program Khidmat Masyarakat UCAM Bersama SK Pulau Sebang

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah menghantar seramai 40 orang wakil bagi menjayakan Program Khidmat Masyarakat di bawah kursus MPU 3412 dengan kerjasama guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Sebang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa. Penganjuran program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga UCAM dengan komuniti sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Turut hadir bagi menjayakan program ini ialah LAr. Adi Zakwan bin Che Ali, Timbalan Rektor Akademik UCAM, Pn. Siti Hawa binti Baharum, Ustazah Khairulneza binti Juaher dan Encik Asrol Affendi bin Basiron yang bersama-sama memberikan sokongan bagi memastikan kelancaran program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak SK Pulau Sebang, guru-guru, PIBG serta warga UCAM atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini.

Artikel Berkenaan