🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada siswi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) yang mewakili Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UCAM atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Program Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2026. Program tersebut telah berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pencapaian membanggakan ini mencerminkan komitmen, semangat berpasukan dan kesungguhan siswi UCAM dalam mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh siswi UCAM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.













