September 16, 2026

Selamat Hari Malaysia: Hayati Semangat Perpaduan dan Kepelbagaian

Selamat Hari Malaysia: Hayati Semangat Perpaduan dan Kepelbagaian

Seluruh warga Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia yang tercinta.

Tarikh bersejarah 16 September ini merupakan detik yang amat bermakna untuk kita bersama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, meraikan kepelbagaian kaum dan budaya, serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air. Keharmonian yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil kesepakatan dan kebersamaan seluruh rakyat yang menjadi tunjang utama kekuatan negara.

Marilah kita terus melangkah sederap ke hadapan dan saling menghormati antara satu sama lain, membawa aspirasi “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka!” demi kelangsungan kedaulatan serta kemakmuran negara tercinta.

Kita teguh bersama, Selamat Hari Malaysia!

Artikel Berkenaan