September 17, 2026

UHC Sertai Kempen Kesedaran Halal 2026 di Pengkalan Balak, Melaka

UHC Sertai Kempen Kesedaran Halal 2026 di Pengkalan Balak, Melaka

UCAM Halal Centre (UHC) telah mengambil bahagian secara aktif dalam Siri 3 Kempen Kesedaran Halal Tahun 2026 sempena program WRUR DUN Tanjung Bidara yang berlangsung di Tapak Pasar Malam Pengkalan Balak, Melaka.

Program kesedaran ini menjadi platform yang amat berkesan dalam meningkatkan pemahaman masyarakat setempat, khususnya golongan peniaga dan pengguna, mengenai kepentingan pensijilan halal serta pencerahan yang tepat berkaitan penggunaan Logo Halal Malaysia.

Penglibatan UHC dalam kempen ini bukan sahaja menyokong usaha murni dalam memperluaskan pendidikan halal kepada masyarakat awam, malah ia juga bertindak sebagai serampang dua mata untuk mengeratkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan demi membangunkan ekosistem halal yang lebih teguh.

Pihak UHC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas jemputan rasmi dan peluang yang diberikan untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan kempen ini.

Selari dengan matlamat penganjuran kempen, UHC akan terus komited berlandaskan prinsip, “Memperkasa Kesedaran Halal, Membina Keyakinan Masyarakat.”

Artikel Berkenaan