Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah turut serta memeriahkan majlis Perhimpunan Bulanan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Bilangan 6 Tahun 2026 yang berlangsung pada hari ini.
Majlis perhimpunan penuh bermakna yang menghimpunkan para pegawai, warga kerja, dan agensi-agensi di bawah payung RISDA ini telah diadakan bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah. Perhimpunan kali ini telah disempurnakan oleh Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri Bin Haji Nasib, yang turut menyampaikan ucapan serta amanat penting kepada semua hadirin.
Untuk makluman, penganjuran perhimpunan bulanan bagi edisi kali ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh Bahagian Agromakanan dan Program Khas RISDA.
Kehadiran wakil dari UCAM ke majlis ini bukan sahaja mengeratkan lagi silaturahim antara warga kerja kumpulan RISDA, malah ia membuktikan sokongan serta komitmen berterusan UCAM terhadap program-program dan hala tuju yang dirangka oleh agensi induk tersebut.













