MELAKA – Seluruh warga Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat YBrs. Dr. Fatin Diana binti Abdul Munir di atas pelantikan rasmi beliau sebagai Rektor UCAM yang baharu.
Pelantikan ini menandakan satu lembaran baharu buat institusi tersebut dalam usaha untuk terus memperkasakan mutu pendidikan tinggi, meluaskan peranan universiti, serta memacu kemajuan akademik dan pentadbiran ke tahap yang lebih cemerlang.
Seluruh warga kerja dan pengurusan UCAM mendoakan agar YBrs. Dr. Fatin Diana akan terus cemerlang dalam memimpin universiti ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi. Menerusi kepimpinan beliau, UCAM komited untuk terus melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti, serta berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan!













