August 4, 2026

Jelajah Promosi Program ‘Harvesting Specialist’ 2026 Buka Peluang Kerjaya Perladangan di Sabah

Jelajah Promosi Program 'Harvesting Specialist' 2026 Buka Peluang Kerjaya Perladangan di Sabah

Kolej RISDA dengan kerjasama IMPAC dan Genting Plantations Berhad telah berjaya melaksanakan siri Road Tour dan Promosi Program Harvesting Specialist bermula 24 hingga 27 Julai lalu di sekitar daerah Ranau, Sandakan, dan Kinabatangan.

Inisiatif strategik ini digerakkan sebagai usaha berterusan pihak penganjur untuk memperluaskan peluang latihan kemahiran berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta menawarkan laluan kerjaya dalam sektor perladangan kepada para belia dan masyarakat setempat.

Sepanjang siri jelajah tersebut, program ini telah memfokuskan penganjurannya di beberapa lokasi utama bagi memudahkan akses komuniti, iaitu:

  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ranau
  • PERKESO Sandakan
  • JTK / Pusat Satellite Kinabatangan
  • Genting Sekong Estate, Kinabatangan

Menerusi sesi taklimat dan penerangan yang diadakan, para peserta telah diberi pendedahan menyeluruh mengenai Program Harvesting Specialist yang menawarkan latihan intensif berteraskan industri dalam bidang penuaian kelapa sawit. Selain itu, taklimat berhubung laluan kerjaya, pembangunan kompetensi, latihan praktikal, serta prospek pekerjaan dalam industri perladangan turut ditekankan kepada para pencari kerja yang hadir.

Pihak pengurusan Kolej RISDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, rakan industri, dan masyarakat atas sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan. Penganjuran program ini diharap mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berdaya saing, sekali gus menyokong penuh agenda pemerkasaan TVET Pertanian di Malaysia.

Artikel Berkenaan