AYER KEROH – Satu sesi perkongsian ilmu keusahawanan yang memfokuskan kepada aspek pembangunan produk, penjenamaan (branding), serta pelbagai strategi untuk memperkukuh jenama perniagaan telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad lalu.
Sesi yang padat dengan pengisian informatif ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman, iaitu En. Mohd Fadli bin Bahar. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan (HEPA) UCAM, Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohamad Tahier.
Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan program tersebut. Adalah diharapkan agar segala perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, sekali gus menjadi panduan berguna buat golongan usahawan muda serta perintis perniagaan (business starter) dalam merangka strategi perniagaan yang lebih kompetitif dan berdaya saing.













