MELAKA – Sekretariat Rakan Muda Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengambil inisiatif proaktif dalam menyantuni komuniti setempat menerusi penganjuran Program ‘Heart 2 Heart’ bersama penghuni Rumah Anak Yatim Paya Rumput Jaya, Sungai Udang (PAYASUM).
Program yang padat dengan nilai-nilai murni dan khidmat masyarakat ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UCAM, yang sudi meluangkan masa beramah mesra serta menyantuni anak-anak di rumah kebajikan tersebut.
Pihak penganjur mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta sokongan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program bermakna ini.













