August 10, 2026

Program Harvesting Specialist Siri 2 Bermula di Kinabatangan, Latih Tenaga Mahir Perladangan Sawit

Program Harvesting Specialist Siri 2 Bermula di Kinabatangan, Latih Tenaga Mahir Perladangan Sawit

Program Harvesting Specialist Siri Kedua telah membuka tirainya secara rasmi dengan sesi lapor diri para pelatih yang berlangsung bertempat di Genting Sekong Estate, Sabah.

Sesi pendaftaran ini menjadi titik permulaan yang penting bagi para pelatih untuk mula membina kemahiran praktikal, menimba pengalaman, serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang penuaian kelapa sawit secara profesional agar selari dengan keperluan sebenar industri perladangan masa kini.

Bagi memastikan para pelatih mendapat pendedahan awal yang menyeluruh, pelbagai pengisian aktiviti telah dilaksanakan sejurus selepas sesi pendaftaran, antaranya termasuklah:

  • Sesi Bersama AADK: Memberikan pendedahan dan kesedaran sivik berkaitan aspek pencegahan penyalahgunaan dadah, serta kepentingan membina persekitaran kerja yang sihat, selamat, dan produktif.
  • Sesi Suai Kenal Bersama UCAM: Taklimat pengenalan berhubung program, peraturan, serta hala tuju latihan bagi memastikan para pelatih bersedia dari segi mental dan fizikal.
  • Sesi Suai Kenal Bersama Genting Plantations Berhad: Pendedahan secara terus kepada pihak industri mengenai persekitaran operasi ladang yang sebenar, termasuk amalan budaya dan etika kerja.

Pelaksanaan program berimpak tinggi ini bukan sekadar bermatlamat untuk menyediakan kemahiran teknikal semata-mata, malah ia turut dirangka bagi membentuk pelatih yang mempunyai disiplin yang tinggi, jati diri unggul, serta kesedaran keselamatan yang mantap sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.

Ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelatih Harvesting Specialist Siri Kedua. Pihak penganjur berharap agar perjalanan latihan ini bakal menjadi pengalaman bermakna, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjaya demi melahirkan tenaga kerja kompeten untuk masa depan industri perladangan Malaysia.

Artikel Berkenaan