August 10, 2026

Pensyarah UCAM Galas Tanggungjawab Moderator dan Jurulapor di Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Zon Tengah

Pensyarah UCAM Galas Tanggungjawab Moderator dan Jurulapor di Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Zon Tengah

Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) melakar kebanggaan tersendiri apabila empat orang pensyarahnya telah terpilih untuk terlibat secara langsung dalam Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Tengah yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai lalu bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Barisan akademik yang terdiri daripada Dr. Wan Nur Madihah binti Wan Abd Halim, Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan, Pn. Halimatun Sa’adiah Md. Salehan, dan Pn. Noraidah binti Nordin itu telah menggalas tanggungjawab yang penting sebagai moderator serta jurulapor sepanjang konvensyen tersebut bersidang.

Konvensyen serantau yang berimpak tinggi itu menjadi platform perbincangan strategik dengan menghimpunkan kira-kira 500 orang pekebun kecil getah dari negeri Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Penglibatan aktif warga pendidik UCAM dalam program berskala besar seumpama ini diharap dapat menyuntik inspirasi, memastikan lebih ramai generasi baharu terus komited dalam menyokong pembangunan sektor agrokomoditi kelolaan RISDA serta merancakkan lagi kemajuan sosioekonomi negara.

Artikel Berkenaan