Sesi Penilaian Amali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Program Penyeliaan & Operasi Kelapa Sawit Tahap 3 (RB-081-3:2012) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Ogos lalu bertempat di Genting Sekong Estate, Sabah.
Pelaksanaan penilaian ini memfokuskan kepada pensijilan secara Microcredential bagi Unit Kompetensi CU 04, iaitu Oil Palm Harvesting and Collection Operation yang melibatkan para peserta Program Harvesting Specialist Siri 1.
Sesi penilaian amali ini bertindak sebagai platform penting bagi menguji tahap kompetensi, kemahiran praktikal, serta kecekapan setiap peserta dalam melaksanakan kerja-kerja penuaian dan pengumpulan hasil kelapa sawit secara profesional, berpandukan prosedur dan standard industri yang ditetapkan.
Pihak penganjur merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Bertepatan dengan aspirasi memperkasakan pendidikan TVET, segala ilmu dan kemahiran yang dinilai diharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memacu masa depan industri perladangan kelapa sawit negara.













