August 14, 2026

Kempen Derma Darah UCAM Berjaya, Bawa Mesej ‘Setitis Darah, Sejuta Harapan’

Kempen Derma Darah UCAM Berjaya, Bawa Mesej 'Setitis Darah, Sejuta Harapan'

Membawa laungan kempen “Setitis Darah, Sejuta Harapan!”, program Kempen Derma Darah anjuran Kelab Gerakan Pengguna SISWA (GPS) UCAM dan kumpulan pelajar bagi kursus Khidmat Masyarakat (MPU 3412) telah berlangsung dengan jayanya.

Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua penderma budiman yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi rezeki serta menyumbang bakti demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Dengan berpegang teguh kepada mesej mendalam, “Setitis darah anda, mungkin menjadi harapan terakhir buat seseorang,” inisiatif murni ini diharap dapat terus memupuk semangat kesukarelawanan dan sikap kepedulian yang tinggi dalam kalangan komuniti universiti.

Artikel Berkenaan