August 17, 2026

Perbincangan Projek TVET Kampung Angkat MADANI 2026 Perkukuh Pembangunan Komuniti PAYASUM

Perbincangan Projek TVET Kampung Angkat MADANI 2026 Perkukuh Pembangunan Komuniti PAYASUM

Satu sesi perbincangan berhubung Projek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Asrama Anak Yatim Paya Rumput Jaya, Sungai Udang (PAYASUM) pada 15 Ogos lalu.

Sesi libat urus yang diadakan bersama Jabatan Tenaga Atom ini memfokuskan kepada beberapa agenda utama, termasuklah pembangunan kemahiran, pemerkasaan pendidikan TVET, pemindahan ilmu, serta usaha peningkatan kebolehpasaran dalam kalangan komuniti setempat.

Pelaksanaan inisiatif bermakna ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, dan komuniti, sekali gus memberikan impak yang positif terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut.

Artikel Berkenaan