🏢 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑, 𝐊𝐋: 𝐔𝐂𝐀𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐠𝐚𝐫𝐭𝐞𝐜𝐡 𝐕𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 🏢
Satu lagi langkah ke hadapan buat Fakulti Agrosains, UCAM! 🚀
Tahniah diucapkan kepada 𝐃𝐫. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢, Fakulti Agrosains UCAM, yang telah dijemput menghadiri Sidang Media Agartech Ventures Sdn. Bhd. baru-baru ini. Pertemuan ini memfokuskan kepada perbincangan potensi kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pokok gaharu hibrid MyKynam. 🌳🧬
Kerjasama perintis ini adalah satu langkah signifikan untuk:
-
🤝 Memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan pemain industri.
-
🎓 Memperkasa pembangunan modal insan dalam bidang agroteknologi.
-
🔬 Memperluas perkongsian kepakaran khususnya dalam genetik tumbuhan.
-
📈 Memacu kemajuan sektor agrokomoditi negara melalui inisiatif penyelidikan berimpak tinggi.
UCAM akan terus komited dalam memperkukuh jaringan strategik bersama industri demi melahirkan graduan yang berkualiti, memperkasakan R&D yang relevan, serta menyokong penuh agenda pembangunan pertanian moden negara. 🇲🇾✨













